Capcom umum Resident Evil 2 Remake telah dijual sebanyak 4 juta salinan di seluruh dunia.
Angka jualan ini mungkin tidak sehebat keluaran game Capcom sebelum ini iaitu Monster Hunter World yang telah catat rekod jualan lebih dari 10 juta salinan. Namun, untuk game yang bertemakan survival horror, ini agak mengagumkan.
Capcom kongsi berita gembira ini dalam satu tweet melalui Twitter rasmi mereka. Selain itu, mereka turut memaparkan reaksi-reaksi beberapa ahli pasukan pembangunan Resident Evil 2 membincangkan tentang perjalanan mereka menghasilkan game yang diolah semula untuk era moden.
It's official — Thanks to all of you, we've shipped 4 million units of RE2 worldwide! To celebrate, we're presenting a roundtable with some of the RE2 devs: https://t.co/d0lTCxtI6Z
Thanks so much for playing RE2!#re2 #capcom— Capcom Dev 1 (@dev1_official) February 27, 2019
Resident Evil 2 Remake telah dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One. Kandungan tambahan percuma ‘Ghost Survivor’ yang menambah masuk tiga cerita kecil dengan aksi arked.
Sumber: VG24/7