Rasai pengalaman filem seram Jepun melalui ‘Malice’, permainan buatan Malaysia

Ramai dalam kalangan kita membesar di awal tahun 20-an, dengan filem-filem seram Jepun seperti The Ring dan Dark Water. 

Tidak kira sama ada anda sukakannya atau tidak, filem-filem seram Jepun memberikan pesona dan keseraman yang tidak dapat ditemui di mana-mana filem lain. Inilah konsep pembangun permainan dari Malaysia, Eldritch, cuba sampaikan melalui ‘Malice’. 

Sumber: Laman Rasmi Eldritch

Eldritch adalah studio baru oleh Joseph dan Caleb Teng, yang juga pereka permainan video. Demo permainan ini diprogram oleh pembangun freelance, Aidan Wong, yang juga menyumbang dalam mereka permainan ini. 

Malice ialah sebuah permainan seram first-person, di mana pemain perlu menyelesaikan teka-teki untuk menemui jalan keluar daripada semua rumah agam yang menyeramkan di pinggir Jepun.

Sumber: Laman Rasmi Eldritch

Penceritaan permainan ini berpusat disekeliling pemain iaitu seorang pelancong di Jepun melawat sebuah tokong misteri sehingga mereka jatuh ke dalam sebuah lubang misteri. 

Pemain akan menemui semua rumah agam yang terbenam di bawah tanah di mana kemunculan makhluk halus yang jahat mengganggu pemain yang sedang meneroka dewan dan koridor yang gelap. 

Sumber: Laman Rasmi Eldritch

Menggunakan objek-objek dan klu-klu sekeliling, pemain mesti menemukan jalan keluar mereka yang penuh liku dan cabaran. 

Daripada kipas kertas yang penuh misteri sehingga risalah pelancong, pemain mesti mencari klu sekeliling itu dan meneliti setiap barangan di dalam inventori untuk petunjuk berikutnya.

Laman itch.io demo adalah prototaip awal untuk permainan ini dan pembangun menyatakan keluaran penuh Malice adalah pemainan untuk pengalaman kerjasama dua pemain.

Cuba Malice sendiri di itch.io dan layari laman sesawang rasmi Eldritch untuk berita terkini. 

RELATED NEWS

+