[RASMI] Amoux kini sah bersama Todak sebagai jurulatih

Ariff Iswandi atau Amoux kini sah kembali ke pasukan Todak MLBB sebagai jurulatih. Berita itu diumumkan sebentar tadi di media sosial Todak.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK MOBILE LEGEND (@todakmlbb)

Sebelum ini, Amoux membantu Todak mendapatkan tempat ketiga di kejohanan siri M yang pertama dan kemudian melebarkan sayap ke Indonesia bersama Bigetron Alpha sebelum kembali semula ke Geek Fam.

Dia kemudiannya keluar dari Geek Fam dan menerima tawaran dari beberapa pasukan luar negara namun memilih untuk bersama Todak kali ini.

Sementara itu, Hazim akan bertukar peranan menjadi penganalisis pasukan itu.

Todak kini bertarung dalam kejohanan Jemputan Liga Profesional MLBB (MPLI) 2022 secara dalam talian.

Mereka akan bertemu pasukan Singapura, Slate Esports bermula jam 6:20 petang esok.

RELATED NEWS

+