[RASMI] Rival adalah jungler baru pasukan Todak

Pasukan Todak MLBB adalah salah satu pasukan yang sangat kuat di dalam arena kompetitif Mobile Legends di Malaysia mahupun di dunia.

Satu-satunya pasukan yang berjaya membawa pulang 2 piala MPL MY ini tidak pernah terkecuali dari Kejohanan Dunia siri M.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK MOBILE LEGEND (@todakmlbb)

Mereka kini mengumumkan barisan pemain baru untuk MPL MY musim ke-10. Pemain baru itu dikenali sebagai Rival.

Rival akan bermain sebagai jungler untuk pasukan Todak bagi menggantikan Ciku yang kini bermain di posisi gold lane.

Senarai penuh pemain Todak MLBB untuk MPL MY musim kesepuluh:

  • 4Meyz (Exp)
  • Moon (Midlane)
  • Yums (Roamer)
  • Momo (Flex)
  • Ciku (Gold)
  • Rival (Jungler)

Adakah kemasukan Rival bakal memperkuatkan pasukan Todak untuk membawa pulang piala ketiga di musim kali ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: TodakMLBB

RELATED NEWS

+