[RASMI] Team Secret akan bertanding di PMGC Season 0

Pasukan profesional PUBG Mobile Malaysia, Team Secret kini sah bertanding di kejohanan dunia PUBG Mobile Global Championship (PMGC) Season 0.

Mereka sebelum ini tidak berjaya dan kekurangan mata malah slot pasukan Asia Tenggara terhad kepada empat pasukan (kini ditambah menjadi lima).

Ia diumumkan dalam satu video pendek oleh Tencent, menjelaskan butiran mengenai PMGC seperti boleh disaksikan di bawah: 

Mengikut keputusan pada PMPL SEA Finals sebelum ini, keempat-empat pasukan Malaysia (TS, Yoodo Gank, Geek Fam dan Team SMG) hampir-hampir lolos tapi tidak berjaya merebut empat slot teratas (untuk layak ke PMGC).

Menurut laporan ONEEsports, mengatakan terdapat kesalahan dalam pengiraan pasukan yang layak menerusi PMPL  Americas Finals. Pasukan Execute Esports kini layak selepas perkiraan mata  dibuat oleh Tencent. Namun, Alpha7 Esports (yang menang ke atas Execute) juga turut layak.

Ini kemudiannya dapat dirumuskan terdapat 24 slot pasukan secara keseluruhan.

Penambahan itu juga bermakna pasukan Asia Tenggara menerima satu slot tambahan yang mana Team Secret berjaya lolos. Keseluruhannya terdapat tiga negara iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia yang mewakili Asia Tenggara di kejohanan dunia ini.

RELATED NEWS

+