tiba di Nintendo Switch adalah benar belaka."> tiba di Nintendo Switch adalah benar belaka." /> tiba di Nintendo Switch adalah benar belaka." />

(RASMI) The Witcher 3: Wild Hunt Tiba Di Nintendo Switch Tahun Ini, Pamer Resolusi 540p Dalam Bentuk Mudah Alih

Desas-desus yang mengatakan The Witcher 3: Wild Hunt tiba di Nintendo Switch adalah benar belaka.

Ketika persidangan Nintendo Direct di E3, The Witcher 3: Wild Hunt Complete Edition diumumkan secara rasmi dan bakal tiba pada tahun ini untuk Switch.

The Witcher 3 dilancarkan pada 19 Mei 2015 dan merupakan game ketiga dalam siri The Witcher yang dikeluarkan di PC, PS4 dan Xbox One. Dalam game ini, ia memfokuskan kepada Geralt of Rivia dalam misi untuk mencari anak angkat/didiknya, Ciri yang hilang kerana diburu oleh Wild Hunt.

Ini antara game pertama yang mempunyai unsur-unsur matang untuk pemain 18 tahun ke atas tiba di Nintendo Switch. Ramai pemain agak sangsi bagaimana Switch mampu tampung game aksi role-playing game (RPG) yang mempunyai kualiti grafik tinggi dan berjalan lancar sambil bermain game open-world luas untuk dijelajahi ini.

Cemerlang ke grafik dalam Nintendo Switch?

Akaun Twitter untuk The Witcher 3 ini menjawab persoalan hangat pemain tentang versi Switch ini seperti apakah resolusi untuk game ini di Switch. The Witcher 3 di Switch mempamerkan dalam resolusi 720p dalam dok manakala resolusi 540p dalam mod mudah alih.

Apa saiz The Witcher 3 di Switch?

Tempoh untuk main The Witcher 3 ini agak lama dan boleh mengambil selama 150 jam untuk habiskan game ini. Bagaimana pula dengan simpanan saiz game ini pula? Saiz The Witcher 3 adalah kira-kira 32GB untuk Switch iaitu agak besar kerana game ini akan hadir penuh dengan semua 16 kandungan tambahan termasuk Blood and Wine dan Heart of the Stone.

Tiada sokongan cross-save

Malangnya, versi Switch ini tiada fungsi cross-save iaitu bermakna korang tidak boleh pindah save Switch ke platform lain atau save platform lain dimainkan di Switch. Korang kena main balik The Witcher 3 dari mula untuk Switch.

The Witcher 3: Wild Hunt Complete Edition bakal tiba di Switch pada tahun ini. Setakat ini, tiada tarikh rasmi diumumkan oleh pihak CD Projekt Red dan Nintendo. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: VG24/7

RELATED NEWS

+