[RECAP] PMPL ID: Keputusan peringkat Weekdays hari pertama

Hari pertama peringkat weekdays PMPL Indonesia musim keempat kini sudah sampai ke penghujungnya, pasukan Boom Esports mendahului 19 pasukan yang lain dengan mata yang dipungut sebanyak 55, di belakang mereka adalah pasukan Onic Esports dengan 46 mata.

Boom Esports dan Onic Esports masing-masing berjaya mendapatkan satu WWCD, ini adalah satu momentum yang baik untuk mereka melayakkan diri ke peringkat super weekend.

Manakala, pasukan BTR berada di kedudukan tercorot dengan hanya 9 mata yang dikumpul. Duo kembar yang berbisa, Zuxxy dan Luxxy tidak bermain oleh kerana mereka dibenarkan berehat selepas pengambilan vaksin.

Keputusan ini sangat berbeza berbanding minggu lepas dan mereka harus bangkit pada hari esok untuk mendapatkan mata yang cukup bagi melayakkan diri ke peringkat super weekend.

RELATED NEWS

+