Red Dead Redemption 2, God of War, Nioh 2 dan Judgement sertai PlayStation Now pada Julai ini

Sony mengumumkan Red Dead Redemption 2, God of War, Nioh 2, Judgement, Olympic Games Tokyo 2020, Moving Out dan Nascar Heat 5 akan sertai PlayStation Now pada Julai ini.

Didedahkan melalui PlaySation.Blog, kesemua tujuh permainan video boleh didapati bermula hari ini, dan kesemuanya adalah permainan baru kecuali God of War, yang mana sudah tersedia sebelum ini.

Red Dead Redemption 2 akan terus berada di dalam PlayStation Now sehingga 1 November ini dan ia hanya tersedia untuk dimuat turun melalui PS4/PS5 sahaja. Ini bermakna anda tidak boleh untuk strim Red Dead Redemption 2 seperti permainan lain yang ada di dalam servis tersebut. 

Judgement akan tersedia hingga 4 Oktober ini dan akan memberi peluang buat peminat untuk mencuba tajuk original ini sebelum sekuel – Lost Judgement – dilancarkan pada 24 September. 

Manakala permainan lain yang ada di dalam senarai tidak dinyatakan tarikh akhir dan akan terus berada di dalam PlayStation Now selamanya. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca DI SINI.

RELATED NEWS

+