Spesifikasi PC untuk GTA Trilogi didedahkan

Rockstar Games melalui laman kedai dalam talian mereka sudah mendedahkan spesifikasi bagi permainan trologi Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition yang diperlukan untuk pengguna versi PC.

Berikut ialah spesifikasi minimum dan yang dicadangkan untuk pemain GTA: The Trilogi – The Definitive Edition

Spesifikasi minimum:

OS: Windows 10 64-bit

Processor: Intel Core i5-6600K/AMD FX-6300

Memori: 8GB

Grafik: Nvidia GTX760 2GB/AMD Radeon R9 280 3GB

Disk: 45GB

Spesifikasi dicadangkan:

OS: Windows 10 64-bit

Processor: Intel Core i7-2700K/AMD Ryzen 5 2600

Memori: 16GB

Grafik: Nvidia GeForce GTX 970 4GB/ AMD Radeon RX 570 4GB

Disk: 45GB

Trilogi ini akan dilancarkan pada 11 November ini. Untuk versi PC ianya tersedia secara eksklusif di Rockstar Games Launcher dengan harga RM249.00.

Selain itu, ianya juga akan dilancarkan untuk platform Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4 dan Nintendo Switch.

RELATED NEWS

+