PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

Red Esports berjaya mengawal Chou Geek Fam

PERLAWANAN PERTAMA

Geek Fam memberikan Xorn menggunakan Chou sekali lagi pada minggu ini, Selena dan Ling juga di draft untuk memberikan damage yang tinggi pada minit awal permainan manakala pasukan Red Esports membawa masuk ahli baru iaitu Saiyajinn. 

Kesilapan demi kesilapan dilakukan pasukan Geek Fam selepas mereka mendapat kelebihan mengakibatkan Red Esports berjaya mendapatkan enhanced Lord pada minit ke-12. Walaubagaimanapun, Geek Fam masih mampu mempertahankan base mereka ketika ini. Namun begitu, Lord yang diambil pada minit ke-18 berjaya memberikan kemenangan kepada pasukan Red Esports.

PERLAWANAN KEDUA

Red Esports bijak mengawal peta untuk memperlahankan kadar farming Maima, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan buff yang dijaga oleh Saiyajinn dan pasukannya. Geek Fam semakin kekurangan farm selepas beberapa minit berlalu. Red Esports berjaya mengawal peta dan Mal sudah cukup kuat dengan barang core yang dimilikinya.

Geek Fam gagal menghalang pasukan Red Esports mendapatkan Lord pada minit ke-10. Mereka hanya bermain di dalam mod pasif untuk mempertahankan base. Namun begitu, pasukan Red Esports terlalu kuat dengan perbezaan gold sebanyak 10 ribu berjaya menghancurkan 2 turret pasukan Geek Fam. Xorn dan Lilbee cuba untuk membuka peta akhirnya terkorban pada minit ke-14 dan Red Esports menamatkan permainan pada minit ke-16.

RELATED NEWS

+