Remake Demon’s Souls di PS5 akan mempunyai ray-tracing dan mod frame rate tinggi

Dark Souls kini menjadi salah satu siri permainan video yang paling popular, lagi-lagi dengan pelancaran judul-judul yang mewarisi cara permainannya seperti Bloodborne dan Sekiro. Apa yang ramai orang tidak tahu ialah semuanya bermula dengan Demon’s Souls.

Jika anda tergolong dalam kumpulan peminat Dark Souls yang tidak sempat main Demon’s Souls semasa ia dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 3 (PS3) pada tahun 2009, jangan risau. Sebuah remake untuk PlayStation 5 telah diumumkan baru-baru ini.

Remake ini dibangunkan oleh Bluepoint Games yang juga pernah membangunkan remake Shadow of the Colossus dan menghasilkan versi remastered tiga judul pertama siri Uncharted untuk Uncharted: The Nathan Drake Collection.

Remake Demon’s Souls ini akan menonjolkan teknologi pencahayaan ray-tracing dan juga pengubahan mod grafik seperti yang terdapat dalam Nioh 2. Anda boleh memilih sama ada untuk bermain pada kualiti grafik tertinggi atau mengorbankan sedikit kualiti tersebut untuk mendapatkan kadar frame rate tinggi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+