Resident Evil 7 Mencapai Hasil Jualan 5 Juta Unit

Resident Evil 7 sekarang terjual 5 juta unit! Besar ke angka tu? Well, besar juga tapi Capcom mempunyai sasaran 10 juta unit terjual (berdasarkan rekod diperoleh dari hasil jualan Resident Evil 6).

Sejak dikeluarkan pada Januari 2017, RE7 mendapat pujian dari media gaming seluruh dunia kerana penggunaan perspektif first-person, naratif yang baik dan atmosphere yang menyeramkan. 

Nota editor: Bagi pendapat penulis, mungkin peminat Resident Evil lebih menghayati barisan karakter dalam setiap keluaran berbanding gameplay. Kita sendiri tahu 6 mengumpulkan kesemua karakter ikonik termasuk Chris Redfield dan Leon. Mungkin kerana 7 tidak mempunyai kekuatan ke atas karakter utama yang tak boleh dilihat, menjadi sebab jualan menurun. Apa-pun, Resident Evil sentiasa berevolusi sejak keluaran pertama dan Capcom lebih tahu bagaimana untuk sustain game ini pada masa akan datang. Akhir kata, I miss Chris Redfield (nasib baik ada DLC percuma Not A Hero yang tampilkan Chris dalam tu).

RELATED NEWS

+