Riot beri gambaran awal untuk VALORANT bagi 2022

Tahun 2021 merupakan tahun yang cukup penting bagi Riot Games, melalui permainan VALORANT mereka. 

Sepanjang tahun ini sahaja pembangun VALORANT telah melancarkan banyak kandungan buat pemain dan peminat permainan first-person shooter itu, seperti pelancaran peta iaitu Breeze dan Fracture, dan agen-agen baru seperti Astra. KAY/O dan Chamber.

Melalui penulisan mereka di blog, mereka mula merangkakan beberapa perubahan yang akan dilakukan di dalam permainan itu bagi enam bulan pertama bagi 2022.

Antaranya memfokuskan untuk seimbangkan beberapa agen yang sedia ada.

Sebelum ini juga terdapat ura-ura dan beberapa petunjuk di mana mereka akan melancarkan agen baru pada tahun depan.

Di dalam penulisan itu juga pembangun menggunakan ayat-ayat bahasa Tagalog, secara tidak langsung mengesahkan agen baharu kelak merupakan agen berasal daripada Filipina. 

Pihak Riot juga menyatakan mereka akan kongsikan lebih banyak informasi mengenai perancangan mereka bagi 2022. Jadi, anda hanya perlu bersedia.

Sumber: PlayValorant, Dot Esports

 

 

 

RELATED NEWS

+