Riot Games lancar kemaskini terbaru, Sentinels of Light untuk keempat-empat game mereka

Riot Games, pembangun permainan terkenal League of Legends dengan secara rasminya mengumumkan acara besar-besaran mereka, Sentinels of Light dengan sinematik yang baru. 

Mereka sudah memberikan perincian untuk penambahan terbesar setiap permainan untuk dinantikan, antaranya ialah:

Akshan, Rogue Sentinel adalah hero pertama Riot Games yang dilancarkan di dalam semua permainan Riot Games secara serentak. Beliau adalah pejuang kebenaran melawan Ruination menggunakan senjata sacred relic, membalas dendam terhadap musuh untuk menebus kembali sekutu beliau yang sudah kalah berperang.

Akshan akan dilancarkan pada tarikh 14 Julai di Legends of Runeterra, 21 Julai di Teamfight Tactics, League of Legends 22 Julai (termasuk skin Akshan Pop Siber) dan akhir sekali League of Legends: Wild Rift pada 27 Julai (termasuk skin Battle Academia).

Sepanjang acara Sentinels of Light berlangsung, pemain akan mempunyai banyak cara untuk menyokong organisasi non-profit tempatan dan komuniti mereka yang bekerjasama dengan Riot Games Social Impact Fund.

Riot Games sudah mengeluarkan dana sebanyak $1 juta (RM4,190,504) untuk Social Impact Fund itu. Selain itu, pemain dapat membeli bundle di dalam League of Legends serta menyelesaikan cabaran bagi mengumpulkan wang tambahan untuk iniatif ini di dalam Legends of Runeterra, League of Legends: Wild Rift serta Teamfight Tactics.

Sentinels of Light akan bermula dari 8 julai sehingga 10 Ogos. Apa yang anda tunggu lagi? Kemaskini sekarang bagi mendapatkan peluang untuk sertai event ini dan mendapatkan skin yang terbaru, bermain sambil membuat amal sekarang.

Baca berita penuh di SINI

RELATED NEWS

+