Riot Games menang besar di Esports Awards

Esports Awards yang dianjurkan ini sebagai sebuah acara bagi meraikan sumbangan dan kejayaan pelbagai pihak yang terbabit di dalam e-sukan, daripada pemain hingga ke peringkat penerbit dan platform. 

Esports Awards 2021 disiarkan secara langsung pada 20 November baru-baru ini melalui saluran rasmi mereka di Twitch, memperlihatkan Riot Games dan VALORANT berjaya memenangi kategori utama anugerah itu. 

VALORANT diumumkan sebagai juara bagi kategori “Game of the Year” selepas menewaskan CS:GO, PUBG MOBILE dan Free Fire. 

Manakala penerbitnya, Riot Games pula dinobatkan sebagai “Publisher of the Year” menewaskan penerbit-penerbit permainan lain seperti Tencent, Garena, Ubisoft, Psyonix, EA, Activision Blizzard, Epic Games dan Valve.

Tahun ini adalah tahun buat Riot di mana mereka benar-benar memberikan kandungan yang terbaik buat para pemain dan peminat permainan mereka seperti League of Legends, VALORANT, Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics, selain penganjuran beberapa kejohanan e-sukan berasaskan permainan mereka. 

Riot juga baru-baru ini mengumumkan permainan terbaru mereka yang kini di dalam peringkat pembangunan iaitu Project L. 

Sumber: AFK Gaming, GamingonPhone

RELATED NEWS

+