Riot Games mengacah Agent baru, sah dari Filipina

VALORANT Champions Tour (VCT) 2021 baru sahaja tamat dan Acend dinaungkan sebagai juara dunia VALORANT tahun ini. Inilah waktu sekitar watak atau Agent baru akan didedahkan secara perlahan-lahan. Kali ini, kita dapat lihat sedikit sedutan daripada video treler semasa pusingan akhir VCT.

Cuba lihat sedutan video di bawah.

Jika diteliti, anda boleh mendengar suara Agent baru ini serta dialog beliau dalam permainan. Watak ini kedengaran menggunakan kuasa petir seperti dijangkakan. Beliau juga mungkin watak berperanan Initiator.

Sebelum melancarkan video acah ini semasa siaran akhir VCT, Riot menngacah asal usul Agent seterusnya dengan pelbagai cara. Contohnya, dalam Night.Market terbaharu, pemain VALORANT boleh melihat tanglung berbentuk bintang, yang kemungkinan besar ialah parol, tanglung tradisional Filipina yang dipaparkan semasa musim percutian.

Selain itu, menurut beberapa pengguna Twitter, watak ini akan berkata “lintik kayo”, sebuah frasa dalam bahasa Tagalog yang bermaksud secara literal “semoga anda disambar petir”, tetapi dalam ia lebih membawa maksud “pergi mati” jika digunakan dalam bahasa harian.

Setakat ini, Riot Games belum mendedahkan imej atau rupa Agent ke-19 VALORANT, tetapi kita mungkin akan dapat lihat watak ini sekita awal tahun hadapan.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+