Tyler1 berjaya mencapai Challenger dalam semua lima peranan dalam League of Legends, dan Riot Games menghantar pingat tersuai Tyler 1 untuk mengucapkan tahniah atas pencapaian itu."> Tyler1 berjaya mencapai Challenger dalam semua lima peranan dalam League of Legends, dan Riot Games menghantar pingat tersuai Tyler 1 untuk mengucapkan tahniah atas pencapaian itu." /> Tyler1 berjaya mencapai Challenger dalam semua lima peranan dalam League of Legends, dan Riot Games menghantar pingat tersuai Tyler 1 untuk mengucapkan tahniah atas pencapaian itu." />

Riot Games menganugerahkan Tyler1 lima medal kerana menjadi Challenger dalam lima posisi

Penstrim Tyler Steinkamp atau Tyler1 berjaya mencapai Challenger dalam semua lima peranan dalam League of Legends, dan Riot Games menghantar pingat tersuai Tyler 1 untuk mengucapkan tahniah atas pencapaian itu.

Riot Games menghantar bungkusan yang sangat besar ke kediaman penstrim yang dia sendiri buka sewaktu penstriman. Di dalam bungkusan hitam yang kukuh terdapat lima pingat tersuai dengan tarikh usaha terbarunya dalam setiap peranan permainain disulam.

Pasukan di Riot Games yang menghantar pakej kepada Tyler bergurau tentang masa lalunya yang penuh kontroversi, dengan mengatakan bahawa pingat itu hanya untuk akaun di Challenger yang tidak digantung secara kekal. Tyler1 mula-mula mencipta namanya sebagai personaliti toksik sebelum digantung secara kekal daripada permainan dan seterusnya mengambil jalan panjang menuju reformasi.

Ini saat Tyler berjaya mencapai kedudukan Challenger di peranan terakhirnya. Hati-hati bagi yang memakai set kepala kerana klip ini agak bising kerana Tyler menjerit dalam keadaan teruja, seperti kebiasaannya.

Kini, Tyler1 adalah ikon terbesar untuk permainan League Of Legends dan sering menyiarkan permainan itu di Twitch. Beberapa pemain pernah mencapai Challenger, dan hanya sebilangan kecil yang boleh mendakwa mencapainya dengan berbilang peranan, apatah lagi dalam semua lima peranan.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+