Riot Games mengharamkan ‘stream sniping’ di VCT 2022

Riot Games baru-baru ini menambah peraturan baharu mengenai stream sniping ke VALORANT Champions Tour 2022. Pasukan VALORANT, baik pemain atau jurulatih, yang mengambil bahagian tidak lagi dapat menonton siaran langsung perlawanan mereka, semasa permainan berlangsung. Peraturan ini akan terus berkuat kuasa dalam permainan VCT akan datang.

Stream sniping adalah menonton strim lawan pada sesuatu perlawanan agar boleh menerima maklumat tambahan yang boleh memberi kelebihan kepada pasukan sendiri.


“Semasa perlawanan rasmi, jurulatih hanya boleh menonton dari sudut slot jurulatih dalam permainan,” kata Josie, pentadbir kejohanan NSG.

“Mereka dilarang menonton siaran langsung, kerana ia memberi maklumat tambahan tentang gelagat pasukan lawan, melebihi apa yang dilihat daripada POV pasukan bimbingan.

NSG bertanggungjawab untuk beberapa acara VALORANT yang kompetitif termasuk First Strike dan pusingan kelayakan VALORANT Champions dan Challengers Tour.

Apabila mendengar bahawa ‘stream sniping‘ pada dasarnya dibenarkan dalam VCT, pemain dan jurulatih menyatakan kebimbangan mereka dan mahu Riot Games mengambil bahagian.

Penganjur kejohanan sudahpun membincangkan isu dengan Riot Games dan peraturan persaingan baharu ditambahkan untuk VCT oleh pasukan Operasi Kompetitif Riot.

Kini, jurulatih hanya boleh menonton perlawanan rasmi dari perspektif slot jurulatih dalam permainan. Mereka juga dilarang menonton siaran langsung kerana ia memberikan maklumat tambahan tentang tingkah laku pasukan lawan melebihi apa yang boleh dilihat dari sudut pandangan pasukan jurulatih.

Dengan penambahbaikan ini, diharapkan arena kompetitif VALORANT akan terus berkembang secara sihat dan holistik.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+