Riot memperkenalkan acara RiotX Arcane untuk Wild Rift, VALORANT, League dan banyak lagi

Bersempena pelancaran siri animasi pertama Riot Games di Netflix, Arcane, pada 6 November ini, Riot hari ini melancarkan sebuah acara khas sepanjang bulan ini, iaitu RiotX Arcane. 

RiotX Arcane adalah sebuah acara khas yang menyediakan pelbagai ganjaran bertemakan siri Arcane buat pemain-pemain permainan Riot Games seperti League of Legends, VALORANT, LoL: Wild Rift, Teamfight Tactics dan Legends of Runeterra. 

League of Legends

  • skin khas percuma bagi champion Vi, Caitlyn, Vi dan Jinx,
  • kemaskini Pramusim 2022 menampilkan elemental drake, barangan dan runes.
  • kemaskini visual Caitlyn.
  • Dekorasi pada Summoner Rift dan banyak lagi

LoL: Wild Rift

  • skin khas Jinx dan Vi akan boleh didapatkan melalui ganjaran log masuk harian.
  • Jayce dan Caitlyn akan dilancarkan melalui acara Hextech Heist dan,
  • Guild vs Guild bertema termasuk Jinx vs Vi.

VALORANT

  • Arcane Pass secara percuma,
  • barangan boleh kumpul dalam permainan percuma, 
  • set Arcane Collector dalam permainan,
  • Agen baharu – Chamber.

Legends of Runeterra

  • mod PvE baharu, The Path of Champion,
  • Champion baharu – Jayce,
  • Kad bertema Piltover dan Zaun,
  • Pas Acara Mega.

Teamfight Tactics

  • set Gizmo dan Gadgets,
  • Tactician bertemakan Arcane dan pengenalan Champion Chibi baharu,
  • Mod Double Up untuk mod kerjasama.

Selain itu, pelanggan Prime Gaming juga terdapat ganjaran yang boleh dikumpul daripada 1 hingga 30 November ini.

Sebarang kemaskini mengenai acara RiotX Arcane ini boleh dilayari di laman sesawang khas mereka di SINI. Selain itu, ikuti mereka di media sosial Riot Games. 

Arcane akan mula ditayangkan di Netflix bermula 6 November ini.

Sumber: Dot Esports, AFK Gaming, Riot Games.

RELATED NEWS

+