Riot menjanjikan lebih banyak kemaskini yang mengimbangkan permainan pada tahun 2022

Sebagai seorang pemain VALORANT pada tahun ini, ia jelas nyata bahawa permainan ini tidak menerima kemas kini yang drastik agar dapat mengubah meta watak dan senjata.

Walaupun Riot Games sudah mengimplementasikan beberapa perubahan bagi meningkatkan kualiti permainan, ia tidak mencukupi untuk menjadikan permainan ini segar.

Kemas kini VALORANT 3.12 baru-baru ini memperkenalkan beberapa ciri yang diminta oleh pemain. Riot akhirnya memperkenalkan kekunci tersuai untuk setiap Agent, sesuatu ciri komuniti yang sudah lama diminta oleh komuniti, serta pengesanan friendly fire untuk menghentikan pemain sabotaj rakan sepasukan mereka.

Riot menjanjikan mereka akan meningkatkan kadar perubahanb pada tahun 2022. Perubahan-perubahan yang bakal dijalankan pada 2022 mungkin akan menggegarkan meta di Episode 4.

Menurut Coleman ‘Altombre’ Palm, pembangun dari Riot Games, mereka akan melancarkan kemas kini yang akan mengubah permainan tidak lama lagi. Salah satu punca mengapa mereka tidak mengubah apa-apa kerana tidak mahu mengganggu meta VALORANT Champions Tour. Selepas kejohanan ini tamat, Riot Games akan memperkenalkan penambahbaikan sedikit demi sedikit.

Setakat ini, Riot belum dapat membekalkan kemas kini buat masa terdekat. Namun, koleksi kostum senjata akan diperkenalkan setiap dua minggu untuk sesetengah senjata.

Sumber rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+