Riot merancang membawa League of Legends ke Olimpik

E-sukan mula diterima sebagai sebahagian daripada acara sukan. Bahkan, ia juga mula dibawa ke gelanggang temasya sukan olahraga seperti Sukan Asia 2018 Palembang dan Sukan SEA 2019 Manila. 

Selain itu, League of Legends bakal menjadi salah satu daripada lapan acara e-sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Asia 2022.

Kini, Riot Games dalam usaha untuk membawakan League of Legends sebagai salah satu acara di temasya Olimpik. 

Naz Aletaha, Ketua Global League of Legends menyatakan mereka kini dalam perbincangan dengan pihak Olimpik untuk membawa permainan itu menjadi salah satu acara di temasya dunia itu. 

“Kami teruja melihat e-sukan terus menerima momentum arus perdana dan pengiktirafan,” kata Naz Aletaha kepada Dexerto,

“Penambahan League of Legends sebagai salah satu acara di Sukan Asia 2022 adalah sebuah perkembangan yang besar untuk rantau ini dan mempertingkatkan penyertaan pelbagai sukan pada masa hadapan,” katanya.

Riot juga mencadangkan untuk membawa League of Legends ke temasya musim panas dan musim sejuk. 

Buat masa ini, perkara ini masih di dalam peringkat perbincangan. Bahkan pihak Olimpik juga masih belum memberikan kata putus. Kemungkinan, kemunculan pertama League of Legends di temasya Olimpik ialah di Olimpik 2028 Los Angeles kelak. 

Sumber: Dexerto

RELATED NEWS

+