Rippo dilaporkan sertai pasukan Bigetron Alpha

Nasib pemain Mobile Legends Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo akhirnya terjawab selepas dilaporkan menyertai pasukan Indonesia, Bigetron Alpha (pasukan yang turut menyertai MPL Indonesia sebelum ini).

Beberapa sumber mengatakan bekas pemain Geek Fam Malaysia dan Aerowolf Jr itu dipercayai bersama pasukan itu selepas pengunduran beliau dari Aerowolf.

Terdahulu, anak muda kelahiran Johor ini pernah membantu pasukan Geek Fam bermain di MPL Malaysia dan Singapura Musim Ketiga.

Artikel berkaitan: Rippo dilepaskan dari Aerowolf Jr

Malah, laporan dari OneEsports, portal tempatan negara itu mengatakan roster Bigetron Alpha turut menambah seorang lagi pemain iaitu Taka yang dua musim MPL tidak aktif. Difahamkan, pasukan terkemuka itu akan bermain di ONE Esports Mobile Legends Invitationals Finals tak lama lagi.

Bigetron Alpha menewaskan Aura Blaze, Aura Flame, Geek Fam dan Siren Esports sebelum bertembung Alter Ego di final kelayakan Indonesia bagi kejohanan tersebut.

Indonesia baru saja menghabiskan kelayakannya pada 2 hingga 3 Mei lalu. 

Manakala Malaysia dan Singapura akan mempunyai kelayakan pada 9 – 10 Mei dan Myanmar, Thailand & Laos (16 – 17 Mei) serta Filipina (23 -24 Mei) ini.

12 pasukan akan berentap di final yang mana enam daripada daripada kelayakan dan enam lagi akan dijemput terus oleh ONE Esports.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+