Rise Of Soap Adalah Kemaskini Terbaru COD Mobile Pada 1 Mac

Garena akan memperkenalkan musim baru (Season 4) bagi Call of Duty Mobile iaitu Rise of Soap.

Karakter kegemaran ramai John ‘Soap’ Mactavish akan hadir berserta Battle Pass baru yang merangkumi peta multi-pemain, scorestreaks dan bermacam lagi acara menarik dalam permainan turut ditambah.

 

Karakter baru – Pemain boleh mendapatkan Soap yang juga seorang pakar dalam letupan dalam taktik pasukan (Special Forces). Karakter ini adalah protagonis yang popular dalam siri COD.

Scorestreak baru  H.I.V.E boleh digunakan apabila anda menyelesaikan beberapa tugasan dalam permainan. Senjata ini mampu melancarkan bom letupan (proximity mines). Apabila ia diaktifkan, beberapa dron nano akan dilancarkan untuk menewaskan musuh berdekatan.

Peta baru – Cage adalah peta multi-pemain baru yang juga boleh dimainkan di mod rank. Ia direka untuk mereka yang suka bar-bar (lawan jarak dekat) jadi pemain boleh ambil kesempatan untuk menyelinap di belakang musuh dengan mudah. Cage juga adalah peta pertama yang tidak dilancarkan di mana-mana game COD sebelum ini.

Pemain juga boleh memasuki Night of the Undead, satu mod Zombie yang akan memaparkan lebih banyak kawasan berbahaya, mekanisme baru dan penambahbaikan baru. Ia akan dilancarkan pada 2 Mac ini.

Bagi anda yang sudah mempunyai COD Mobile, jangan lupa log masuk pada 1 Mac untuk ganjaran istimewa dan acara dalam permainan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+