Selamat tinggal Heroes of Newerth

Semalam adalah hari terakhir pelayan (server) Heroes of Newerth dibuka dan kini ditutup buat selama-lamanya.

Heroes of Newerth (HoN) suatu masa dahulu adalah permainan video kompetitif yang menjadi saingan League of Legends dan Dota AllStars.

RIP Heroes Of Newerth: 2009 – 2022 | KAKUCHOPUREI.COM

HoN menjadi satu MOBA yang penuh fenomena dan ramai akan bermain terutamanya di kafe siber.

Bermula April 2009, HoN membawa satu perubahan besar kepada dunia ARTS atau MOBA.

Model free-to-play HoN banyak membawa ramai orang untuk bermain terutama di Asia Tenggara melalui Garena.

HoN berjaya untuk mendapatkan ramai pemain sehingga tahun 2019 dan lama kelamaan mereka kehilangan pemain disebabkan League of Legends dan Dota 2.

Pada Disember tahun lepas, Frostburn Studios mengumumkan HoN bakal berakhir dan ditutup pada 20 Jun 2022.

Selamat tinggal HoN dan terima kasih.

RELATED NEWS

+