Animasi Free Fire Tales diteruskan dengan bab baru, Double Trouble

Siri animasi Free Fire, Free Fire Tales kini kembali dengan bab baru, Double Trouble.

Ia mengikuti perjalanan karakter baharu, Tatsuya Garcia dan adiknya, Shirou sementara mereka menyahut cabaran brotherhood dan mencari erti sebenar menjadi kuat bersama-sama.

Pemain boleh mengharapkan plot twists dan aksi yang mana Double Trouble akan meneroka lore permainan ini dengan pelancaran animasi ini pada 24 September ini.

Terdapat teaser yang akan hadir dalam bentuk acara di laman web dan kandungan eksklusif dalam permainan yang akan hadir pada 23 September ini.

Pemain boleh menjadi lebih imersif dalam kemaskini ini menerusi peranan sebagai Tatsuya dan melawan Shirou dalam misi disediakan.

RELATED NEWS

+