Rockstar Mengumumkan Kemaskini Terbaru GTA Online, The Doomsday Heist

Kemaskini terbaru untuk Grand Theft Auto Online akan dimuatkan dengan penambahan The Doomsday Heist, satu kembara yang membawa korang ke luar jalanan Los Santos.

Seperti yang didedahkan oleh Rockstar Games, kemaskini itu membolehkan korang untuk menggunakan Jetpacks, kereta kebal, perlawanan dalam air, misi pembunuhan hendap dan penerokaan gunung Chiliad. Korang juga akan berganding bersama pemain lain dalam talian untuk menyelamatkan bandar Los Santos sebelum terlambat.

Update terbaru ini adalah percuma dan sedia dimainkan oleh semua di PlayStation 4, Xbox One dan PC bermula hari ini.

RELATED NEWS

+