Rose Gaming sekali lagi buat bantuan amal di Johor Bahru

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nyata memberi kesan kepada ramai pihak sehingga ada yang kehilangan pekerjaan, tak cukup makan ataupun tidak tahu bagaimana mendapatkan bantuan sewajarnya. 

Justeru, usaha kecil oleh seorang streamer tempatan, Rose Gaming nyata sedikit sebanyak membantu meringankan beban terutamanya golongan ibu.

Menerusi posting di Instagram, Rose berkolaborasi bersama #TeamSaltyMY bagi menyampaikan bantuan sebanyak RM1,000 itu kepada golongan memerlukan di Johor Bahru.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Rose Gaming (@poetryofroses)

Antara barangan keperluan dibahagikan adalah beras, gula, mi segera dan susu.

“Seperti dijanjikan, satu lagi bantuan amal.

“Dalam masa memerlukan ini, inilah masanya kita bagi balik kepada komuniti yang menyokong,” tulisnya.

Rose juga menggesa jika ada pihak-pihak yang memerlukan bantuan terus menghubunginya di Instagram @poetryofroses

Katanya lagi, kemungkinan bantuan amal ini akan diadakan lagi pada minggu depan.

Foto dan sumber rujukan: @poetryofroses

RELATED NEWS

+