RRQ Hoshi berjaya tempah slot ke M3

Perlawanan penentuan untuk pasukan yang akan layak ke Kejohanan Dunia M3 menyaksikan Sang Raja akan bertemu dengan ONIC Esports. 

Sang Raja berjaya mendahului ONIC Esports dengan dua perlawanan, mereka harus memenangi satu sahaja lagi untuk layak ke Grand Final seterusnya mendapatkan slot ke M3.

ONIC Esports mengalami kesukaran pada minit awal permainan, mereka menggunakan draft dua jungler iaitu Fanny dan Balmond. Satu tindakan dan strategi yang sangat berani buat ONIC Esports.

RRQ Hoshi mengambil peluang itu untuk memberikan asakan demi asakan oleh kerana ONIC harus main dengan berhati-hati kerana mereka mempunyai 2 orang jungler.

Pada minit ke-18, Sang Raja masih mengawal peta dan hanya menunggu Luminous Lord untuk menamatkan permainan.

Perbezaan gold ketika ini sudah mencapai 10 ribu selepas RRQ Hoshi berjaya mendapatkan Luminous Lord.

Pushing bersama Luminous Lord memberikan tekanan kepada pasukan ONIC Esports dan Sang raja akhirnya mendapatkan kemenangan pada minit ke-22.

Tahniah diucapkan kepada pasukan RRQ Hoshi, mereka berjaya mendapatkan satu tiket ke M3 untuk wakil Indonesia yang pertama.

RELATED NEWS

+