SAH! b0i menggantikan Steel sebagai pemain utama 100 Thieves

Selepas ura-ura perubahan pada barisan roster utama 100 Thieves sejak hujung minggu lalu, hari ini, 100 Thieves mengumumkan Aaron “b0i” Thao kini memasuki barisan utama roster pasukan itu. 

Manakala, Joshua “steel” Nissan pula diturunkan sebagai pemain simpanan.

Pengumuman itu dilakukan melalui akaun Twitter rasmi 100 Thieves Esports, meraikan kemasukan b0i sebagai barisan awal 100 Thieves untuk kejohanan Last Chance Qualifier dan VALORANT Champions akan datang.

Selain itu, 100 Thieves juga mengumumkan steel akan kekal sebagai pemain simpanan bersama seorang lagi ahli pasukan iaitu Johann ‘seven’ Hernandez sehingga akhir kejohanan pada 2021 ini. 

Keputusan perubahan ini dilakukan selepas 100 Thieves tewas di tangan Envy ketika di pusingan separuh akhir VCT Masters Berlin awal September ini, di mana mereka tewas 0-2. 

Kekalahan mereka itu membuatkan mereka tidak berjaya mendapatkan kelayakan terus untuk ke VALORANT Champions.

RELATED NEWS

+