Sang Raja RRQ Hoshi muncul juara MPL ID S9

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia musim ke-9 kini menyaksikan pasukan RRQ Hoshi akan bertemu dengan ONIC Esports di peringkat Grand Final playoff.

RRQ berjaya mendapatkan 3 kemenangan dan hanya 1 kemenangan untuk pasukan ONIC Esports. Kedua-dua pasukan ini sangat konsisten di peringkat liga dan juga playoff.

Jika RRQ berjaya memenangi MPL ID musim ke-9 ini, mereka akan mencatat rekod dengan menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya membawa pulang piala MPL sebanyak 4 kali.

Perlawanan kelima menyaksikan RRQ Hoshi mendominasi di minit awal permainan. Rotasi demi rotasi dilakukan memberikan Albertt peluang untuk mendapatkan farming.

Corak permainan RRQ yang terlalu sukar diduga menyebabkan ONIC Esports tidak mempunyai jawapan untuk melakukan serangan balas ke atas mereka.

Perlawanan di Lord terakhir dan Iron Hook yang dikeluarkan oleh Vynnn menjamin kemenangan mereka untuk MPL ID musim ke-9.

Clayyy berjaya mendapatkan gelaran Final MVP di atas kebolehannya bermain hero mage dengan sangat cemerlang.

ONIC Esports dan RRQ Hoshi akan menjadi wakil Indonesia untuk bermain di Piala Mobile Legends Asia Tenggara (MSC) 2022.

 

 

RELATED NEWS

+