Sasa pernah menjadi idola Kairi, juara MPL ID musim ke-10

Kairi adalah salah satu pemain yang berasal dari Filipina dan mula bermain di Indonesia bersama pasukan ONIC ID.

Dia mula berhijrah ke negara itu selepas memutuskan untuk keluar dari ONIC PH bersama rakannya yang lain.

Pengambilan Kairi ke dalam pasukan sangat membantu ONIC ID untuk menjadi juara MPL ID musim ke-10. Kehebatannya bermain hero assassin tidak perlu disangkal lagi.

Kemahiran mekanikal dan makro yang tinggi pemain itu menjadikan dirinya pemenang anugerah MVP musim liga dan peringkat akhir playoff.

Di dalam satu video temubual Jonathan Liandi, Kairi pernah menjadikan Sasa sebagai idolanya satu ketika dahulu. Menurutnya Sasa bermain dengan sangat hebat di MSC 2019.

“Idola pertama saya dari Indonesia adalah Sasa kerana dia bermain dengan sangat hebat di MSC 2019. 

“Saya mengangumi Sasa dan Rekt kerana mereka pemain marksman pada saat itu. Namun begitu, Sanz menjadi idola terbesar saya di Indonesia.” ujarnya.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+