“Saya akan buat yang terbaik untuk MPL kali ini,” – Rival

Alif Akmal (Rival) adalah pemain baru untuk pasukan Todak. Dia menggantikan Ciku bermain di posisi jungler ketika menentang pasukan Suhaz Esports.

Di dalam kedua-dua perlawanan, Rival dilihat sangat lincah menggunakan Ling dan itu menyebabkan pasukan Suhaz Esports sukar untuk menghentikan pasukan Todak.

@mygameondotmy Macam mana perasaan @Rival bila masuk @todak.gaming Jom tengok video ni. #fyp #mlbb #mpl #mplmy #mplmys10 #todak #todaklanggar #mobilelegends #kakigaming ♬ original sound – My Game On

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Rival dan ketika ditanya tentang perasaannya dapat masuk pasukan Todak, dia berkata perasaan gembira dan gemuruh itu ada di dalam diri.

“Perasaan gembira dan agak gemuruh sikit kerana ini pertama kali saya bermain MPL dengan pasukan Todak namun Insya-Allah saya akan buat yang terbaik di MPL ini.

“Saya ingin bermain di Kejohanan Dunia M4 juga nanti,” kata Rival.

Ditanya tentang kelebihan yang ada pada dirinya kerana terpilih untuk bersama pasukan Todak. Rival menyatakan dirinya sama seperti pemain lain akan tetapi dia mempunyai semangat untuk membuat yang terbaik demi pasukan.

“Kelebihan saya sama sahaja macam pemain lain, akan tetapi saya akan buat yang terbaik untuk pasukan. Saya boleh bermain pelbagai hero antaranya assassin, mage dan juga marksman.” ucap Rival.

Anda boleh melihat temubual sepenuhnya di laman Tik Tok rasmi kami. Adakah Rival bakal mengekalkan momentum permainannya dan menjadikan Todak juara kali ketiga MPL MY? Kita bakal saksikan.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+