“Saya memang rasa nak cari pengalaman di luar Malaysia sekali lagi,” – Savior

Baru-baru ini, komuniti PUBG Mobile Malaysia dikejutkan dengan berita jurulatih pasukan Farang Lejund mengundurkan diri.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Farang Esports (@farang_esports)

Para peminat pasukan Farang Lejund tertanya-tanya apakah sebab utama jurulatih itu berbuat demikian.

Kami dari MyGameOn ada jawapannya.

Bekas jurulatih pasukan Farang Lejund, Muhammad Hazwan Halim atau lebih dikenali sebagai Savior menyatakan bahawa sebab utama dia keluar daripada pasukan Farang Lejund adalah kerana ingin mencari pengalaman baru bersama pasukan lain.

“Saya nak cari pengalaman baru bersama pasukan baru. Keputusan untuk saya mengundurkan diri dari pasukan Farang sememangnya keputusan saya sendiri,” katanya ketika dihubungi oleh pihak MyGameOn.

Kami juga sempat menanyakan bahawa siapakah yang akan menggalas tugas jurulatih Farang Lejund nanti apabila kejohanan PMPL SEA Spring 2022 bermula.

“Luppy atau nama sebenarnya Syameer Aidil yang akan membantu pasukan Farang Lejund itu nanti.

“Dia yang juga pemain kelima pasukan itu sudahpun menggalas tugas sebagai seorang penganalisis untuk pasukan ini,” katanya.

Savior juga menyatakan bahawa hala tujunya selepas ini adalah untuk menjadi jurulatih pasukan di luar dari Malaysia.

“Secara jujurnya, saya sememangnya ingin mencari pengalaman baru sebagai jurulatih di luar Malaysia, tetapi kalau tiada tawaran untuk saya menjadi jurulatih di luar Malaysia, saya akan mencari pasukan tempatan juga.

Sekarang ini, Savior tengah berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

Selamat berehat Coach!

Foto: IG @Saviorrmy

RELATED NEWS

+