“Saya tak tahu kenapa dia takut dengan pasukan Indonesia,” – Z4PNU

Menerusi sebuah hantaran Instagram SPIN Esports, pemain dari Omega Esports Z4PNU tidak takut kepada pasukan MLBB Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by SPIN – Esports (@spin_esports)

“Hanya Dogie pemain dari (Nexplay EVOS) yang takut kepada pasukan Indonesia, saya pun tak tahu kenapa dia begitu takut.

“Sedangkan apabila kami scrim bersama mereka, kami selalu menang,” katanya.

Di sebuah hantaran video lain di youtube E-SPORT ARENA, Z4PNU menyatakan bahawa pasukan amatur Filipina juga mampu mengalahkan pasukan Indonesia.

“Pasukan amatur MLBB Filipina juga mampu menewaskan pasukan Indonesia.

“Keputusan menunjukkan segala-galanya. MSC 2021 terakhir adalah milik Filipina, kami juga juara dunia M2 dan M3. Pasukan Indonesia tidak sampai ke final,” tambahnya.

Omega Esports sudah menempah ‘slot’ ke MSC 2022 selepas berjaya mendapatkan tempat kedua di MPL PH S9. 

Namun, mereka harus akur tewas di tangan RSG PH dengan skor 4-1.

Kejohanan MSC 2022 dijangka akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun hingga 19 Jun ini. 

Adakah benar apa yang dikatakan oleh pemain Omega Esports itu? Sama-sama kita nantikan di kejohanan MSC 2022.

Gambar: IG Z4PNU

RELATED NEWS

+