“Saya tidak gemuruh untuk beraksi di atas pentas kembali,” – Lemon

RRQ Hoshi selaku satu-satunya pasukan Indonesia yang berjaya layak ke peringkat playoff MSC 2022 selepas mereka menewaskan pasukan IDNS dengan kemenangan bersih.

Namun begitu, rakan senegara mereka iaitu ONIC Esports gagal untuk melayakkan diri selepas tewas satu perlawanan di tangan pasukan Todak.

Apabila pasukan RRQ menewaskan pasukan IDNS, mereka ditembual dan ditanya tentang adakah mereka terkejut ONIC Esports tidak layak ke playoff.

Menurutnya, ONIC Esports adalah pasukan yang kuat dan perkara itu membuatkan mereka sedikit terkejut.

“Pada pendapat peribadi saya, agak terkejut kerana ONIC Esports adalah salah satu pasukan yang sangat kuat di MSC 2022.

“Buat pasukan ONIC Esports, tidak mengapa kerana belum ada rezeki lagi,” ujarnya.

Ditanya tentang penggunaan Irithel untuk perlawanan menentang IDNS, mereka menjawab Irithel kini mendapat buff dan ini masa yang sesuai untuk membawanya masuk.

“Irithel sudah dapat buff dan itu menjadikan dia salah satu marksman terbaik ketika ini.

“Perasaan saya biasa sahaja, saya tidak gemuruh dan semuanya okay ketika bermain kembali di pentas Asia Tenggara,” ujar Lemon ketika ditanya tentang perasaannya bermain kembali di MSC.

MSC 2022 akan berlangsung hingga Ahad, mengumpulkan 12 pasukan terbaik MLBB di Asia Tenggara.

Sebanyak AS$300,000 (RM1.32 juta) menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding.

Siaran langsung boleh disaksikan di Facebook dan Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

RELATED NEWS

+