Saya yakin Blacklist International tetap menjadi pasukan terkuat walaupun tiada V33 dan Wise – Bon Chan

Pasukan Blacklist International adalah pasukan yang paling kuat di Mobile Legends ketika ini. Mereka mendominasi Kejohanan Dunia M3 dengan corak permainan yang begitu sukar untuk ditewaskan musuh.

Meskipun mereka gagal untuk menjadi juara Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) selepas tewas di tangan ONIC ID, mereka berjaya bangkit semula untuk menewaskan ONIC ID di M3.

Menurut OhMyV33nus, pasukan mereka tidak pernah tewas terhadap lawan yang sama sebanyak dua kali di saat ini.

Selepas pengumuman duo terhebat V33 dan Wise tidak akan bermain untuk musim ke-9. Bon Chan di dalam temubual bersama ONE Esports menyatakan beliau yakin pasukan Blacklist akan tetap menjadi yang terkuat.

“Itu semua bergantung kepada pemain baru, adakah mereka cepat mengadaptasi dengan gaya permainan kami atau tidak. Jika mereka cepat belajar, kami mampu mempertahankan gelaran (MPL) itu,” katanya kepada ONE Esports.

“Dex Star dan saya tidak pernah salah dalam memilih pemain. MPL PH musim ke-9 akan menjadi musim yang menarik,” ujar beliau.

Siapakah yang bakal menjadi pengganti OhMyV33nus dan Wise di MPL PH musim ke-9? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+