“Saya yakin Todak mampu jadi juara MPL kali ini,” – Abang Lord

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10 kini sudah memasuki minggu ketujuh. Peringkat playoff akan bermula selepas tamat lapan minggu musim liga.

Juara bertahan sebelum ini iaitu pasukan Todak akan mempertahankan gelaran mereka pada musim ini.

Musim kesepuluh ini penting untuk semua pasukan oleh kerana juara dan naib juara akan mendapat slot ke Kejohanan Dunia M4 yang akan berlangsung di Jakarta pada Januari depan.

Kami sempat menanyakan pengurus MAB Esports iaitu Abang Lord tentang pandangannya terhadap pasukan yang bakal menjadi juara untuk MPL MY musim ke-10 ini.

Abang Lord masih optimis dengan pasukan Todak yang dikatakan bakal menjadi juara untuk membawa pulang piala nanti.

“Bagi saya, Todak masih pasukan nombor satu negara dan saya sokong mereka untuk jadi juara. Mungkin mereka akan berjumpa dengan Team SMG di peringkat final nanti.

“Manakala, pasukan Orange Esports, RSG dan juga pasukan baru iaitu Team Haq bakal menjadi pencabar kepada kedua-dua pasukan itu,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Pasukan manakah yang anda rasa bakal menjadi juara untuk musim ke-10 seterusnya mendapatkan slot ke Kejohanan Dunia M4 nanti?

RELATED NEWS

+