Sebab kalah Team Fight Tactics, lelaki ini tumbuk monitor di kafe siber

Kafe siber masih menjadi tempat popular di China untuk seseorang itu bermain permainan video.

Seorang gamer Team Fight Tactics (TFT) mengamuk apabila kalah dan terus menumbuk monitor itu.

Malah, lelaki itu bertindak seperti tiada apa-apa berlaku dan terus menutup monitor apabila sedar dia sudah merosakkan monitor itu.

CCTV pula berjaya merakam perbuatan itu dan berkemungkinan besar ini bukan pertama kali gamer itu membuat onar kerana dia dengan tanpa segan silu terus melarikan diri dari kafe siber itu.

Setakat ini masih belum ada apa-apa lagi maklumat tentang penangkapan pelaku atau tindakan undang-undang diberi.

Apa yang perlu kita ingat walaupun kita berhak untuk marah ketika bermain permainan video, tetapi kita tidak boleh melepaskan geram terhadap harta benda orang lain.

RELATED NEWS

+