Segala yang anda perlu tahu untuk State of Play yang bakal ditayangkan ini

Sony mengumumkan siaran State of Play untuk minggu ini dan kali ini, tumpuan akan diberikan pada kemaskini dan pengumuman untuk permainan PS4 dan PS5 pihak ketiga yang akan datang. Jika anda tidak mahu terlepas semua berita PlayStation, berikut adalah semua yang anda perlu tahu untuk menonton State of Play kali ini.

Menjelang setiap acara PlayStation pada tahun 2021, Sony membuat usaha yang tertumpu untuk menetapkan jangkaan dengan menggariskan jenis pendedahan yang boleh dijangkakan peminat lebih awal.

State of Play Rabu ini tidak terkecuali, dengan penerbit secara awal mengisytiharkan bahawa perisian PS4 dan PS5 pihak ketiga akan menjadi perhatian. Ini bermakna peminat tidak boleh mengharapkan mana-mana studio PlayStation pihak pertama akan muncul. Memandangkan acara Sony datang setiap dua bulan baru-baru ini, ada kemungkinan acara gaya PlayStation Experience boleh diadakan pada bulan Disember khusus untuk mereka. 

Apa Yang Dijangkakan

Memandangkan siaran kali ini akan menumpukan permainan pihak ketiga, nampaknya kita dapat menjangkakan beberapa permainan akan muncul.

Ini antara jangkaan permainan yang akan ditayangkan di State of Play:

  • Final Fantasy XVI
  • Strangers of Paradise: Final Fantasy Orgins
  • Grand Theft Auto: The Trilogy
  • The Lord of the Rings: Gollum
  • Ghostwire: Tokyo
  • Pragmata

Bila Ia Disiarkan?

State of Play boleh ditonton di YouTube rasmi PlayStation atau Twitch rasmi PlayStation.

Siaran ini akan berlangsung pada jam 5AM, 28 Oktober waktu Malaysia.

RELATED NEWS

+