“Sekarang meta tank, jangan takut dengan hero assassin Alberttt,” – E2Max

Alberttt adalah salah seorang pemain bintang dari Indonesia yang dikatakan sangat lincah menggunakan hero assassin. Setiap kali musuh bertemu dengan RRQ Hoshi, mereka akan memastikan untuk mengenakan ban ke atas hero kegemaran Alberttt iaitu Ling.

Walau bagaimanapun, kebolehan Alberttt tidak terhad kepada Ling sahaja. Hayabusa dan Lancelot juga memberikan mimpi buruk kepada musuh apabila digunakan oleh Alberttt.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

Menjelang saingan Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022, salah seorang pemain pasukan Omega Esports iaitu E2Max menyatakan kelebihan Alberttt kini bukan meta.

“Assasssin tidak lagi menjadi meta ketika ini, sekarang adalah meta tank. Jadi, tidak perlu takut dengan hero jungler yang akan digunakan oleh Alberttt,” ujarnya.

Kita dapat lihat Alberttt mengalami sedikit kesukaran bermain hero tank ketika perlawanan di Sukan SEA Hanoi 2021. Mobazane juga berkata perkara yang sama, meta sekarang bukan meta Alberttt. Apakah pendapat anda semua?

Foto dan sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+