Sekolah Seni Star Guardian diumumkan di Filipina buat peminat Wild Rift

Star Guardian adalah satu acara dan semesta yang menjadi ikutan pelbagai peminat League of Legends mahupun Wild Rift. Jadi tak hairanlah jika terdapat acara dunia nyata yang boleh mendekatkan lagi peminat dengan dunia Star Guardian ini.

Di Manila, Filipina, Riot Games mengumumkan sekolah bertemakan seni bagi Wild Rift Star Guardian. Ia bertujuan untuk memberikan peminat dan penggemar anime peluang untuk bereksperimentasi dengan dunia magis Star Guardian. Ini bermakna mereka boleh mencipta satu karya seni bertemakan skins dengan gaya anime yang ditunjukkan Star Guardian Wild Rift.

Ini termasuklah kasut, bag dan sebagainya.

Ala-ala Sailormoon, Star Guardian adalah satu fantasi di mana pelajar sekolah menengah yang boleh transofrmasi kepada wira yang mempunyai kuasa magis untuk melindungi bandar mereka dari kuasa kejahatan.

Sekolah pertama menggunakan tema ini adalah di Moon Rabbit Cafe di San Juan City, Metro Manila bermula 29 Julai hingga 31 Julai.

Pastinya terdapat cosplay Star Guardian yang akan memeriahkan lagi suasana dan minuman bertemakan Star Guardian contohnya seperti Starstruck Lemonade serta pelbagai aktiviti menarik lagi.

Walaupun tidak dianjurkan di Malaysia namun konsep sebegini adalah sesuatu yang boleh diketengahkan kepada peminat di negara ini juga.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+