Format kelayakan MCPS Majors S4, Geek Fam juga akan umum barisan pemain baru?

Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan Idris

Slot pasukan ke Kejohanan Major MCPS musim keempat tampak sukar bagi pasukan yang ingin bermula daripada pusingan kelayakan kerana perlu menghadapi dua pusingan awal sebelum ke liga.

Perkara ini disahkan melalui status yang dimuat naik Garena Free Fire di platform media sosial Facebook dan Instagram. 

Kenyataan yang dimuat naik itu memperlihatkan sembilan pasukan teratas dari Kejohanan MCP dan Siri Cabaran Free Fire (FFCS) S2 yang lepas kini layak ke peringkat liga secara automatik.

Di samping itu, sembilan pasukan lagi dari FFCS S2 akan bermain kelayakan Final pada 21-22 Ogos 2022 bersama 18 pasukan lagi daripada kelayakan In-game.Hanya sembilan pasukan sahaja yang bakal ke peringkat liga pada 3 September ini.

Status pasukan Geek Fam masih menjadi persoalan selepas barisan pemain memutuskan untuk meninggalkan pasukan itu dan mewujudkan pasukan baharu, Rasengan MY kerana sudah mempunyai slot daripada FFCS S2.

Sehubungan itu, pengurus pasukan Geek Fam memberikan kenyataan bahawa Geek Fam masih lagi ingin menyertai arena e-sukan Free Fire dan akan mengumumkan barisan pemain dalam masa terdekat.

Liga Kejohanan MCPS Major S4 akan berlangsung pada 3 September hingga 9 Oktober secara dalam talian. 

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM310,000 (AS$70,000) dan 18 pasukan yang akan bertanding bagi merebut kejuaraan.

RELATED NEWS

+