Sem9.Gank gagal mengekalkan momentum mereka pada hari kedua

PMPL MY/SG musim keempat memasuki hari kedua di dalam peringkat akhir. 16 pasukan akan bertarung untuk merebut tempat pertama untuk bergelar juara musim keempat. Selain itu, pasukan yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga akan mendapat slot ke Kejohanan Asia Tenggara nanti.

Pasukan Sem9.Gank mendapat rentak yang diperlukan pada hari pertama dan mereka berjaya menduduki tempat pertama. Namun begitu, keadaan mula berubah pada hari kedua. Pasukan Geek Fam, SMG, 4Rivals dan Team Secret mula memantapkan lagi permainan mereka.

Geek Fam berjaya mendapatkan 1 WWCD pada hari ini manakala pasukan 4Rivals mengumpul 2 WWCD. Selain itu, pasukan Sem9.Gank gagal mendapatkan momentum mereka pada hari kedua. Mereka pulang ke lobi pada peringkat awal beberapa kali menyebabkan mata dikumpul amat sedikit.

Pasukan Axis Redone pula sudah berjaya mendapat slot ke Kejohanan Asia Tenggara selepas mereka berjaya memenangi peringkat liga PMPL tempoh hari. Mereka berada di kedudukan terakhir dengan mata terkumpul sebanyak 39. Bagi juara musim ketiga, RSG Malaysia pula tidak bergitu bernasib baik. Mereka berada di kedudukan ke-15 dan baki perlawanan hanya mempunyai 1 hari lagi.

Dapatkah pasukan 4Rivals, SMG dan Geek Fam mengekalkan kedudukan mereka? Atau mungkin banyak pasukan yang akan melanggar mereka nanti. Kita bakal saksikan perlawanan terakhir pada hari esok.

RELATED NEWS

+