SEM9 menyatakan kesediaan bertanding di WCS dan pemilihan Sukan SEA

Pasukan SEM9 Wild Rift menyatakan kesediaan mereka bertanding di Kejohanan Juara Asia Tenggara Wild Rift (WCS) MYSG dan pemilihan Sukan SEA 2022 di Hanoi, Vietnam.

Dalam satu posting, OzoraVeki memuat naik satu posting ahli-ahli SEM9 yang bertanding di WCS MYSG. Difahamkan, SEM9 dan Geek Fam dijemput ke kejohanan Malaysia Singapura itu.

SEM9 Wild Rift terdiri daripada OzoraVeki, Arrhedge, Sagi, Chilly, Winter, Vita dan Swak.

WCS MYSG akan membuka tirai pada 25 Februari ini hingga 10 April yang menawarkan hadiah terkumpul RM418,000 direbut lapan pasukan.

Pasukan teratas juga berpeluang untuk layak ke kejohanan utama WCS.

Sementara itu, SEM9 dan Todak turut menyertai proses pemilihan kontinjen Malaysia bagi kategori Wild Rift (lelaki). Setakat ini, hanya tujuh pasukan berdaftar dari 64 pasukan keseluruhan.

Sukan SEA 2022 dijangka bermula pada Mei ini.

Jika anda juga mempunyai pasukan hebat yang ingin mendaftarkan diri, sila layari laman web MESF.

RELATED NEWS

+