Seorang Youtuber tukar peti ais mini menjadi PC Gaming RTX 3090

Komputer yang dibuat di dalam peti ais selama ini hanya gurauan semata-mata sehingga Microsoft sendiri membuat peti ais mini Xbox.

Basically Homeless di Youtube membawakan jenaka ini ke tahap lebih hebat.

Beliau menukarkan peti ais mini bercampur dengan komputer gaming.

Idea bermula dengan benda mudah iaitu cuma memasukkan Nvidia RTX 2090 ke dalam peti ais kecil yang diberi oleh G Fuel.

Basically Homeless memberitahu projek ini adalah sangat lama sehingga dia sudah mendapat seorang anak lelaki dan hilang 20lbs berat badan.

“Apa kata kali ini kita overclock peti ais,” ujar Basically Homeless.

RELATED NEWS

+