Serlahkan Bakat Mobile Legends Dan Menang Hadiah Wang Terkumpul RM2,000 Dalam Taylor’s MLBB Showdown

Jaguh-jaguh Mobile Legends, ayuh uji bakat korang dan berpeluang untuk membawa pulang RM2,000 dalam pertandingan Taylor’s MLBB Showdown.

Taylor’s MLBB Showdown ini dianjurkan oleh XPAX, Media Prima Berhad dan ASUS Republic of Gamers dengan kerjasama Taylor’s Esports Club khas untuk pelajar universiti yang mahu berentap dalam Mobile Legends secara kompetitif.

32 pasukan dianggotai 5 pemain yang telah mendaftarkan diri akan menyertai pusingan kelayakan online pada 24 Jun sehingga 27 Jun. 16 pasukan yang berjaya melepasi pusingan kelayakan bakal beradu tenaga di peringkat Finals yang bakal berlangsung pada 29 Jun di Student Life Centre (SLC), Taylor’s University Lakeside Campus.

Bagi yang berminat, korang boleh kumpulkan skuad terbaik Mobile Legends dan daftar sekarang melalui pautan ini. KEMASUKAN ADALAH PERCUMA!

RELATED NEWS

+