Sertai Kejohanan e-MYPadang Championship Dan Menang Hadiah Terkumpul Wang RM30,000

Kepada pemain FIFA Online 3, kini tibalah masa korang untuk bersinar!

e-MYPadang Championship membawakan pertandingan FIFA Online 3 dianjurkan oleh The Gaming Company dengan kerjasama NIVEA Men dan Garena.

Bagi yang berminat untuk menyertai e-MYPadang Championship, pusingan kelayakan akan diadakan secara online sepanjang dua bulan yang mengikut kawasan negeri. Berikut adalah tarikh untuk setiap pusingan kelayakan dan negeri-negeri yang terlibat:

  • Kawasan Tengah – Selangor dan Kuala Lumpur (13 – 14 Oktober)
  • Kawasan Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang (20 – 21 Oktober)
  • Kawasan Selatan – Johor, Negeri Sembilan dan Melaka (27 – 28 Oktober)
  • Kawasan Utara – Perlis, Kedah, Penang dan Perak (3 – 4 November)

Korang boleh juga singgah untuk pusingan kelayakan secara offline di kafe siber terpilih seperti dinyatakan di bawah:

  • Orange Stadium, Kuala Lumpur (13 Oktober)
  • WOC, Kuantan (20 Oktober)
  • 818, Johor (27 Oktober)
  • Landscape, Penang (3 November)

Pemain yang layak ke peringkat akhir berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul wang tunai sebanyak RM30,000 dan hadiah barangan gaming bernilai RM14,000.

Ayuh jaguh FIFA Online 3! Untuk tahu lebih banyak info seperti macam mana nak daftarkan diri untuk e-MYPadang Championship, korang boleh layari laman rasmi di sini.

RELATED NEWS

+