Sertai MGO Lunchtime Cup Untuk Memenangi Wang Tunai Dengan Bermain PUBG Mobile

Bermula pada minggu ini, MyGameOn akan menganjurkan MGO Lunchtime Cup (LTC). Pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile di Malaysia boleh menyertai acara ini dan berpeluang memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM500.

Penonton livestream di laman Facebook MyGameOn juga akan berpeluang memenangi wang tunai yang berjumlah RM200 melalui cabutan bertuah.

Mod permainan yang akan dimainkan ialah PUBG Mobile Solo dan sesiapa sahaja boleh menyertainya. Pemain yang memenangi perlawanan Solo tersebut akan memenangi hadiah wang tunai.

Livestream MGO LTC akan diadakan pada setiap hari Khamis dari 12PM sehingga 1PM. Untuk menyertai MGO LTC, anda hanya perlu menggunakan kod yang kami umumkan semasa permulaan livestream. Penyertaan adalah percuma!

Apa yang menarik tentang MGO LTC ialah hadiah wang tunai tersebut bergantung kepada jumlah penonton serentak (concurrent viewers) livestream. Hadiah wang tunai akan dikira mengikut nisbah 1 penonton bersamaan dengan RM1.

Hadiah wang tunai tertinggi ialah RM500. Jika bilangan penonton serentak melebihi jumlah tersebut, pemenang tetap akan menerima hadiah wang tunai RM500.

Bagi anda yang minat bermain PUBG Mobile dan ingin mencari wang ketika Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa, anda patut sertai acara ini!

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk di laman Facebook MyGameOn.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+