Shadow Of The Tomb Raider Terjual Sebanyak 4.12 Juta Unit

Shadow of the Tomb Raider adalah entri baru kepada francais Lara Croft ini dan nampaknya angka jualan untuknya dah mula dikeluarkan.

Mengikut pendapatan diterima Square Enix pada suku ketiga tahun ini (Q3), presidennya, Yosuke Matsuda mengatakan Shadow of the Tomb Raider menerima hasil jualan permulaan yang agak perlahan. Permainan video ini dilancarkan pada September lepas dan menjelang 31 Disember, ia terjual sebanyak 4.12 juta unit.

Matsuda juga berharap jualan akan terus meningkat di samping jualan untuk Just Cause 4 yang juga tak berapa ‘meletup’ ketika dilancarkan pada Disember. 

Digabungkan keduanya dengan pelancaran Dragon Quest Builders 2, ia tak menunjukkan angka yang cukup kukuh untuk pendapatan pada Q3 untuk syarikat itu. Mengikut statistik, jualan bersih menurun sebanyak 4.8% dari tahun ke tahun dan keuntungan juga menurun kepada 60.1% dari tahun ke tahun.

Atas sebab apa hasil jualan yang perlahan, Matsuda mengatakan kedua judul ini “tak cukup untuk memberikan pengalaman yang unik untuk pemain membelinya sebelum judul permainan video besar lain masuk ke pasaran,”

Square juga bercadang untuk menstruktur semula 11 business divisions kepada empat dalam tahun fiskal seterusnya bagi menggunakan sumber yang ada dengan lebih efisien selain cuba mengelakkan pelancaran game ketika cuti sekolah yang sama dengan taktik digunakan pesaing dalam pasaran.

Sumber: gamesindustry.biz

 

RELATED NEWS

+