Shroud mengaku VALORANT lebih susah dari CS:GO

Shroud baru-baru ini mendapat perhatian apabila berhenti bersara dan menjadi pemain profesional VALORANT untuk pasukan Sentinels.

Bekas bintang CS:GO ini kini dalam proses latihan bersama-sama rakan pasukan Sentinels di Texas, Amerika Syarikat.

Nampaknya, persediaan ini adalah untuk VCT LCQ NA.

Sebagai bekas pemain profesional CS:GO, sudah semestinya Shroud bulan calang-calang orang.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Sentinels (@sentinels)

Shroud juga mengaku VALORANT lebih susah dari CS:GO.

“CS nampak seolah-olah hanya gurauan jika dibandingkan dengan VALORANT. Saya harus akui.

“Bukan maksud saya untuk melebih-lebihkan, saya merasakan VALORANT adalah lebih sukar jika dimaainkan sekarang,” katanya.

“Mungkin permainan ini lebih susah kerana ramai orang sudah semakin mahir dan lebih hebat,” tambahnya lagi.

Mungkin dengan penambahan skill Agent membuat permainan ini lebih sukar kerana anda perlu mahir bukan sahaja dalam menembak tetapi menggunakan peta untuk kemahiran skill Agent yang digunakan.

CS:GO dahulunya menjadi permainan FPS yang sentiasa berada di atas, namun kedatangan VALORANT bakal menggoncang dunia FPS dan ia sudah pun berlaku sekarang.

RELATED NEWS

+